Pages

K.A.M.I

My photo
Kami dari PISMP Kumpulan C Ambilan Januari 2012 di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Kursus BM/PJ/Persuratan & Kesenian Melayu. Kami seramai 20 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza agama, dan berlainan bahasa serta dari negeri yang berbeza. Namun, kami tetap SATU KELUARGA SATU MALAYSIA ..!!
Selamat Datang ke Blog K.A.M.I PISMP C Ambilan Januari 2012 di IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur

Saturday, November 19, 2011

Selamat Kembali ke Kampung Halaman

SELAMAT BERCUTI KAWAN-KAWAN
terutamanya
..........warga..........
PPISMP 3C
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
.....tak kira.....
para pensyarah
para pekerja ipg
abg dan akak guard
pekerja Yana Yani & kantin atas
....hehehehe....

diharapkan agar kalian penuhkan cuti kalian dgn perkara yg berfaedah
penuhilah cuti anda di samping keluarga tercinta dgn baik
.....sebelum nie.....
ramai yg tulis kat FB
rindu keluarga
rindu akan kampung halaman

inilah masanya kita lepaskan rindu yg telah sekian lama dipendamkan
dan hanya diluahkan dalam FB
jangan sesekali sia-siakan cuti anda ini

.....di sini.....
K.A.M.I ingin memohon kemaafan kepada semua
atas kesilapan yg telah K.A.M.I lakukan
sepanjang berada di IPG KBM
mohon maaf
...terutamanya kepada...
para pensyarah
warga IPG KBM

.....di sini juga.....
!!!...buat PPISMP...!!!
Selamat Bercuti
Selamat Kembali Tahun Depan
dengan fesyen baharu
gaya baharu
diri yang baharu

DAN

Selamat Berada dalam PISMP Semester Satu
pada tahun hadapan

...ucapkan...
Selamat Tinggal PPISMP


Wednesday, November 2, 2011

Seloka PPISMP 3C

Assalamualaikum salam pembuka,
Kami ucapkan kepada semua,
Ini seloka kami yang kedua,
Kumpulan PPISMP 3C yang punya.


Sebelum seloka mula bercerita,
Kalau tersilap ampun dipinta,
Seloka ini bukan ‘tuk mengata,
Tapi untuk bergelak ketawa.

Setahun sudah kita di sini,
Di IPG Kampus Bahasa Melayu,
Gelak tawa dan menangis sering mengiringi,
Kelas meriah riuh selalu.

Kini kita jarang berapi,
Mungkin sudah saling memahami,
Bagai kakak, adik, dan abang sendiri,
Bersama sembilan putera sebelas puteri.

Encik Muzarpar abah kami,
Abah kami di IPG,
Baik orangnya penyayang sekali,
Susah dicari sukar difahami.

Dipanggil ‘Panjang’ sekarang mengakui,
Sebabnya tinggi berkaki-kaki,
Shahlan Abd Mutalib nama diberi,
Itulah ketua kelas kami dalam semester ini.

Ayu lembut Noor Ashikin namanya,
Pembantu Shahlan setia bersama,
Ada laptop adalah dia,
Paling update antara semua.

Minta duit setiap hari,
Bagai ‘along’ di kelas kami,
Jessica Michael bendahari semester ini,
Kuat bekerja kuat juga makannya, hihi.

Nurisina Felina dipanggil Mia,
Pabila mengalai lembut jarinya,
Pabila diam ada petanda,
Pabila bising dialah seorang daripadanya.

Dahulu pendiam sopan sahaja,
Haryanto Fridrict dipanggil ‘Cibulu’,
Kini nakal diam dah tiada,  
Tukang fotostat nota selalu.

Sekuntum bunga dua ekor kumbangnya,
Itulah Nancy bersama Rudi dan Charlie,
Mencari dewan dan LCD kerja mereka,
AJK Peralatan yang sangat dedikasi.

Nancy Sinuwag itulah nama,
 ‘Tembikai’, ‘Pisang’ nama dibina,
Pendiam ayu gamat pabila ketawa,
Menjadi pujaan ramai jejaka.

Diam pemalu itulah Rudi,
Manja sekali pabila bersua,
Lemah-lembut menuturkan kata-kata,
Pabila ditanya diam seketika.

Namanya Sofianah dipanggil 'Baby',
Tak pernah ‘sunburn’ di bawah mentari,
Putih melepak merah di pipi,
Sering sengau bersama rumate sejati.

‘Pindik-pindik tagap’ dialah orangnya,
‘Ok,baiklah..!!’ tiadalah sudah,
Charlie Ginsin nama tercipta,
Bersuara merdu bijak bermadah.

Bijak ‘menyaiko’ orang sekeliling,
Petah merapu tak henti-henti,
Itulah dia Asmad punya darling,
Nurul Shimaa Ibrahim pujaan di hati.

Bijak berbicara bersama fakta,
Nazmie Kendaran itulah nama,
Tutur katanya sukar dibaca,
Hanya dia mampu memahaminya.

Kecik-kecik pandai bergaya,
Berkanta sentuh comel sentiasa,
Stephanie Bita pelik orangnya,
Kuat makan budu, belacan juga.

Segak bergaya Yasser namanya,
Wangi semerbak mengalahkan wanita,
Bijak dalam menutur kata-kata,
Membuatkan orang lain terpegun mendengarnya.

 Sebutan ‘bau’ sengau sentiasa,
Tiada lagi pelat Kelantannya,
Itulah dia Nik Nur Farah Hana,
Semua info dia tahu segala.

 ‘Macam kuek..!!’ sudahlah hilang,
Pau Kacang pula datang menjelma,
Asyik merapu bersuara lantang,
Mohd Alif itulah namanya.

Siti Nabilah nama diberi,
Bersama jiran biliknya manja sekali,
Nampak diam tapi berisi,
Mudah menggelabah pada sesetengah situasi.

Budak nakal merapu jer kerja,
Tak henti-henti membuli orang,
Asmad Rahim pujaan ramai,
Tak kira perempuan lelaki pun ada.

Sungguh kemas menjadi pujaan,
Dahulunya pendiam bersuara lantang sekarang,
Nur Saiyidah itulah gadis idaman,
Kini berbahasa Sabah hingga balik Pahang.

Riduan Judin nama tercipta,
Sungguh sastera pabila berbicara,
Gaya rambutnya ala-ala korea,
Menjadi pujaan ramai gadis di luar sana.

Norfaezah Abdullah nama diberi,
Sudah cuti daripada makan choki-choki,
Pantang melihat wireless free,
Konfem online sehari-hari.

Itulah cerita tentang kami,
Buat tatapan penghibur diri,
Mohon maaf beribu kali,
Jika seloka ini mengguris hati.

Sebelum seloka mengundurkan diri,
Mohon ampun dipinta sekali lagi,
Janganlah ada yang terasa hati,
Kerana ini hanyalah hiburan semata-mata…hihi…



Dinner IPG KBM

....5 Oktober 2011....

selesai jer ujian amali PJ
.....majlis yang seterusnya.....
DINNER IPG KBM

semester inilah
merupakan semester yang paling sibuk
jika dibandingkan dengan semester satu & dua
.....dalam masa lebih sebulan.....
K.A.M.I begitu sibuk menjalankan dan menghadiri pelbagai aktiviti dan majlis






 inilah aktiviti yang K.A.M.I tak boleh pisahkan
.....aktiviti bergambar.....
hihihihihihi

:: lauk yang dijamu sebelum & selepas...hihihi ::

:: Inilah antara K.A.M.I yang bertuah dalam pertandingan cabutan bertuah ::



"Doakan K.I.T.A akan terus bersama berjuang di IPG KBM..!!"

Tuesday, November 1, 2011

Ujian Amali dan Kecergasan

....11 dan 12 Oktober 2011....

terlaksananya ujian amali dan kecergasan
yang terakhir buat K.A.M.I
...sedihkan...
hhhhhmmmmmmmmmmm

lepas nie
aktiviti ni akan menjadi kenangan yang tak akan dilupakan
...yang menyihatkan...
yang memberikan kecergasan pada tubuh badan
......kononnya......
hihihihihihihi

ujian amali PJ kali ini
K.A.M.I melakukan
..........amali hoki..........
.....amali bola tampar.....
DAN
...ujian kecergasan dan kesihatan...
serta 
....larian 2.4 km....

TETAPI
ujian amali PJ kali ini
K.A.M.I berjaya meningkatkan mutu larian K.A.M.I
dan juga
ujian kecergasan dan kesihatan K.A.M.I

sokongan daripada rakan sekelas
amat memberikan semangat dalam diri masing-masing
!!!!...TERIMA KASIH YA GENG...!!!!
=)

...akhirnya...
kita sama-sama akhiri ujian amali kita yang terakhir

"Walaupun ujian amali PJ tak ada lagi lepas nie, tak bermakna kita akan tinggalkan PJ ni. 
PJ tetap di hati."

hihihihihihihi

"Walaupun dahulunya PJK=Pendidikan Jasmani dan Keseksaan sejak semester satu lagi tetapi dengan adanya PJ ini kita dapat mengelakkan diri kita daripada cepat letih...kan..kan...hihihi"