Pages

K.A.M.I

My photo
Kami dari PISMP Kumpulan C Ambilan Januari 2012 di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Kursus BM/PJ/Persuratan & Kesenian Melayu. Kami seramai 20 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza agama, dan berlainan bahasa serta dari negeri yang berbeza. Namun, kami tetap SATU KELUARGA SATU MALAYSIA ..!!
Selamat Datang ke Blog K.A.M.I PISMP C Ambilan Januari 2012 di IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur

Tuesday, February 15, 2011

Seloka PPISMP 2C

Assalamualaikum salam ukhuwah,
Pembuka bicara pembuka wadah,
Ini seloka PPISMP 2C yang punya,
Untuk tatapan sekalian ummah.

Lincah ke sana lincah ke mari,
Kadang-kadang sejuk kadang-kadang berapi,
Encik Muzarpar nama diberi,
Abah kami pujangga di hati.

Sebelas puteri sembilan putera,
Berasal dari serata Malaysia,
Walau kami berlainan bangsa,
Tetap bersama bagaikan satu keluarga.

Nazmie Kendaran ketua kami,
Berbadan kecil kuat kendiri,
Sentiasa slumber walaupun dibuli,
Dari Sarawak datang kemari.

Penolong kami Nurul Shimaa,
Bersuara nyaring suka merapu,
Gadis comel Kedah asalnya,
Panggilan ‘bagong’ menjadi isu.

Shahlan Abdul Mutalib nama diberi,
Dahulu pendiam selalu menyendiri,
Sejak ber’facebook’ dah pandai membuli,
Tapi baik itulah bendahari kami.

Putih melepak merah di pipi,
Ayu bermadah lembut menari,
Namanya Sofianah dipanggil baby,
Sabah asal mai ke IPG.

 Mohd Yasser dari Semporna,
Hensem bergaya bersama kemeja,
Menari shuffle itulah minatnya,
Mendengar lagu itulah hobinya.

Lemah-lembut pabila berbicara,
Berbangsa bajau bercermin mata,
Cantik rupawan teratur kata-kata,
Itulah Noor Ashikin Abdul Rahman namanya.

Bersuara ayu hensem tampaknya,
Berbangsa sungai bijak bergaya,
Sungguh novelis puitis ayatnya,
Riduan Judin nama tercipta.

Dari Sarawak bak kacukan cina,
Berwajah manis cantik bergaya,
Jessica Michael merdu suaranya,
Pabila ke kelas ber’make-up’ di muka.

Budak kiut perasan selalu,
Asmad Rahim nakal merapu,
Bermadu tiga tak pernah jemu,
Asyik amjal jak yang dia tahu.

Gadis bugis Sabah asalnya,
Nurisina Felina panggilannya Mia,
Bercakap tak henti tak ingat dunia,
Bersuara lantang berani orangnya.

Ke sana ke mari sering bersama,
Pabila bergabung menggegar dunia,
Mohd Alif sempoi sahaja,
Macam kuek..!! itulah ‘trademark’nya

Gadis ayu berkaca mata,
Tampak wajahnya bak Ana Rafalli,
Sungguh kronik kadang-kala,
Itulah Nancy nama diberi.

Haryanto Fridrict gagah orangnya,
Pandai menari mengatur langkah,
Sentiasa bahagia bersama tercinta,
Walaupun berjauhan antara K.L. dan Melaka.

Kecik-kecik cili padi,
Kuat melahap bersama Choki-choki,
Norfaezah Abdullah nama diberi,
MisEyz Blurz pula panggilan sendiri.

Berbadan kecil bersuara merdu,
Petah berbicara info yang keliru,
Charlie Ginsin nama diburu,
Ok, baiklah..!! yang disebut selalu.

Walau kecik kuat berlari,
Pabila ketawa terkejut buatnya,
Stephanie Bita Sarawak mari,
 ‘Aku maw balek laaa’ .



Di dalam kelas senyap orangnya,
Kiut pink itu nama dicipta,
Ada makanan adalah dia,
Itulah Rudy empunya nama.

Asal Pahang datang bertandang,
Gadis pendiam tinggi orangnya,
Nur Saiyidah itu nama dibilang,
Duduk sendirian senyap seketika.


Janda muda di kelas kami,
Siti Nabilah nama diberi,
Pelat Sabahnya tak pernah lari,
Tunggu sakajap puan...!!!! ikutan kami.

Datang jauh dari pantai timur,
Nik Nur Farah Hana itulah nama,
Pelat Kelantan tak pernah gugur,
Pabila bergabung bersama ‘team’nya.


Salam terakhir dari kami,
Untuk kalian pembaca mithali,
Mohon maaf jika terguris hati,
Hanyalah untuk penghibur diri.

Sebelum menutup seloka ini,
Mohon ampun sekali lagi,
Jangan ada terguris hati,
Ini seloka hiburan sendiri.

No comments: