Assalamualaikum dan salam perpaduan buat semua pembaca...
Bagaimana cuti semester kalian? Terutamanya buat guru-guru pelatih IPG di seluruh Malaysia. Sekarang, hanya tinggal seminggu sahaja lagi untuk guru-guru pelatih menghabiskan hari-hari terakhir di kampung halaman masing-masing. Jangan disalahertikan. Bukan menghabiskan hari-hari terakhir ini disamaertikan dengan meninggalkan dunia yang penuh pancaroba ini tapi menghabiskan musim cuti semester dan bakal bermulanya semester yang baharu dalam masa 7 hari sahaja lagi. Semoga kalian tidak mensia-siakan hari yang indah ini bersama ahli keluarga yang tercinta!
Di sini, saya ingin mengucapkan 'Selamat Kembali ke IPG dan Selamat Menghadapi Pembelajaran di Semester yang Baharu' buat semua guru pelatih yang bukan sahaja di IPG Kampus Bahasa Melayu malah khas buat semua guru pelatih di seluruh Malaysia.
Gapaikanlah impian untuk menjadi bakal pendidik yang berkredibiliti dan berkebolehan dalam mendidik anak-anak bangsa. Ingatlah doa kedua orang tua yang sentiasa ingin anak-anak mereka berjaya. Semoga di semester yang baharu ini bakal menampilkan diri dengan azam yang baharu. Usaha tangga kejayaan! Jangan sia-siakan peluang yang telah diberi yang sukar untuk orang lain perolehi.
Bingkisan hati:
Jangan laksana menggantang atap, mengukir langit. Lakukanlah sehabis baik di tahun baharu kelak!
No comments:
Post a Comment