Pages

K.A.M.I

My photo
Kami dari PISMP Kumpulan C Ambilan Januari 2012 di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Kursus BM/PJ/Persuratan & Kesenian Melayu. Kami seramai 20 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza agama, dan berlainan bahasa serta dari negeri yang berbeza. Namun, kami tetap SATU KELUARGA SATU MALAYSIA ..!!
Selamat Datang ke Blog K.A.M.I PISMP C Ambilan Januari 2012 di IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur

Thursday, December 27, 2012

Puisi: Guru Oh Guru

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Syukur alhamdulillah kita masih berpeluang melihat alam ciptaan Tuhan yang cukup indah ini. Pada hari yang mulia ini, marilah kita sama-sama menghayati dan menyelami puisi nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang iaitu puisi 'Guru Oh Guru'.



Guru Oh Guru...........
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.




Hayati dan selami maksud yang tersurat dan yang tersirat dalam kalungan sajak nan indah ini. Mudah-mudahan dengan ini kita akan menjadi seorang manusia yang tahu dalam menghargai budi dan jasa.


No comments: