Pages

K.A.M.I

My photo
Kami dari PISMP Kumpulan C Ambilan Januari 2012 di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Kursus BM/PJ/Persuratan & Kesenian Melayu. Kami seramai 20 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza agama, dan berlainan bahasa serta dari negeri yang berbeza. Namun, kami tetap SATU KELUARGA SATU MALAYSIA ..!!
Selamat Datang ke Blog K.A.M.I PISMP C Ambilan Januari 2012 di IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur

Thursday, December 27, 2012

Puisi: Guru Oh Guru

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Syukur alhamdulillah kita masih berpeluang melihat alam ciptaan Tuhan yang cukup indah ini. Pada hari yang mulia ini, marilah kita sama-sama menghayati dan menyelami puisi nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang iaitu puisi 'Guru Oh Guru'.



Guru Oh Guru...........
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.




Hayati dan selami maksud yang tersurat dan yang tersirat dalam kalungan sajak nan indah ini. Mudah-mudahan dengan ini kita akan menjadi seorang manusia yang tahu dalam menghargai budi dan jasa.


Wednesday, December 26, 2012

Program Lawatan ke Melaka


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari yang cukup indah ini, kami tidak ingin melepaskan peluang untuk mengemaskinikan blog ini. Hal ini demikian kerana, setelah sekian lama kami menyepikan diri dan hari ini kami ingin meluangkan sedikit waktu untuk para pembaca blog. 

Kali ini kami ingin menceritakan perjalanan kami semasa mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka iaitu negeri yang penuh dengan sejarahnya. Lawatan ini kami sertai dengan diiringi pensyarah bagi kursus Pengurusan Kokurikulum semasa di PISMP Semester Satu yang lepas. Kami mengambil masa sehari sahaja (29 April 2012) untuk mengikuti lawatan sambil belajar ke Melaka ini. Walaupun hanya mengambil masa sehari tetapi kami berasa amat bertuah kerana kami mampu meluangkan masa memperoleh ilmu pengetahuan tentang negeri Melaka yang penuh dengan sejarah itu. 

Antara tempat yang kami lawati ialah Kompleks Muzium Maritim, Kota A Famosa, Gereja St. Paul dan sekitar Melaka. Untuk lebih lanjut, tonton video di bawah iaitu hasil daripada AJK Multimedia kami  






Bingkisan Hati:
Ilmu itu pelita hidup. Tanpa ilmu, tidak berkembanglah kita seperti katak di bawah tempurung.

Mudah untuk mencari makna

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Petang yang redup ini, kami ingin berkongsi salah satu laman web yang amat berguna buat semua terutamanya para pelajar yang sibuk membuat kertas kerja atau kerja rumah yang diberikan. Ingin cepat untuk mendapatkan definisi bagi sesuatu perkataan? Mudah dan tangkas!

Sekarang, pelbagai inisiatif yang mudah yang boleh diperolehi dengan hanya berhadapan dengan komputer riba sahaja. Kita tidak perlu untuk membelek-belek kamus untuk mencari makna perkataan. Tetapi, hanya perlu menaip perkataan yang tidak diketahui maknanya di papan kekunci pada komputer riba sahaja.

Definisi yang tepat dan sememangnya dari Kamus Dewan yang pelbagai edisi. Kami juga tidak  melepaskan peluang untuk menggunakan Gerbang Maya Dewan Bahasa dan Pustaka ini semasa melaksanakan tugasan kami. Tidak percaya? Klik gambar di bawah ini untuk pergi ke laman web berkenaan.


Bingkisan Ilmu:
Mencari ilmu menjadi sukar jika tiada usaha. Usaha itu penting jika ingin berjaya. Laksana sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain!


Tuesday, December 25, 2012

Merintih saat yang kian berlalu


Assalamualaikum dan salam perpaduan buat semua pembaca...

Bagaimana cuti semester kalian? Terutamanya buat guru-guru pelatih IPG di seluruh Malaysia. Sekarang, hanya tinggal  seminggu sahaja lagi untuk guru-guru pelatih menghabiskan hari-hari terakhir di kampung halaman masing-masing. Jangan disalahertikan. Bukan menghabiskan hari-hari terakhir ini disamaertikan dengan meninggalkan dunia yang penuh pancaroba ini tapi menghabiskan musim cuti semester dan bakal bermulanya semester yang baharu dalam masa 7 hari sahaja lagi. Semoga kalian tidak mensia-siakan hari yang indah ini bersama ahli keluarga yang tercinta!

Di sini, saya ingin mengucapkan 'Selamat Kembali ke IPG dan Selamat Menghadapi Pembelajaran di Semester yang Baharu' buat semua guru pelatih yang bukan sahaja di IPG Kampus Bahasa Melayu malah khas buat semua guru pelatih di seluruh Malaysia.

Gapaikanlah impian untuk menjadi bakal pendidik yang berkredibiliti dan berkebolehan dalam mendidik anak-anak bangsa. Ingatlah doa kedua orang tua yang sentiasa ingin anak-anak mereka berjaya. Semoga di semester yang baharu ini bakal menampilkan diri dengan azam yang baharu. Usaha tangga kejayaan! Jangan sia-siakan peluang yang telah diberi yang sukar untuk orang lain perolehi.




Bingkisan hati:
Jangan laksana menggantang atap, mengukir langit. Lakukanlah sehabis baik di tahun baharu kelak!


Sunday, October 21, 2012

Anugerah Citra Keguruan

Jumaat (10 Oktober 2012)
telah berlangsungnya Majlis Anugerah Citra Keguruan
Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
bertempat di Dewan Tun Sri Lanang, IPG KBM

Majlis ini diadakan khas untuk memberi anugerah kepada pelajar-pelajar IPG KBM atas pencapaian dan sumbangan mereka dalam aktiviti institut.

2 orang pelajar dari PISMP 2C telah tersenarai antara penerima-penerima bagi anugerah tersebut.

Penerima Anugerah Pengarah 
(Akademik Terbaik)
Norfaezah binti Abdullah

Penerima Anugerah Wira
Haryanto Fridrict


Antara barisan penerima anugerah daripada pelajar Semester 2

TAHNIAH KEPADA SEMUA PENERIMA ANUGERAH!

Kepada rakan-rakan lain 
jangan berputus asa!
jadikan ia sebagai pendorong semangat kita untuk terus berusaha

kalau mereka boleh kenapa kita tidak?

memandangkan peperiksaan bakal menjelma tidak lama lagi
ayuh semua!!
kita tanamkan azam
kita tingkatkan usaha
sama-sama kita berjuang
bagi menempuh peperiksaan mendatang..

STRIVE FOR SUCCESS!

ALL THE BEST!

GOOD LUCK!

(^_____^)


Saturday, October 20, 2012

Peperiksaan Bakal Menjelma

Untuk kawan-kawan di PISMP 2C sekarang, tinggal seminggu sahaja lagi kita akan menduduki peperiksaan untuk semester kedua ini. Oleh itu,.....

"Selamat Maju Jaya!"

"Selamat Menduduki Peperiksaan!"

"All The Best!"

"Chaiyok Chaiyok!!!"

Akhir sekali saya nak ucapkan "Selamat Bertugas buat ketua dan penolong kelas yang baharu!!" Hihihi. Jangan stres sangat tau. Belajar untuk menghadapi cabaran. Okay?

Jalanilah kehidupan kalian dengan senyuman. Tak lama lagi kita akan bercuti semester.

"SELAMAT BERCUTI YA KAWAN-KAWAN!!!"

^___^

Khas buat sahabat handai PISMP 2C.

Tulus ikhlas daripada MisEyz BLurz.


Aktiviti Sepanjang Semester 2

Salam & hi (^_^)
Setelah sekian lama menyepi,
namun,
sepi bukan bererti hilang,
diam bukan bererti lupa,
tetapi masing-masing sibuk dengan urusan yang tak sudah
menyebabkan blog ini ditinggalkan berhabuk buat seketika
kini 
K.A.M.I kembali,
dengan post terbaru K.A.M.I
mengenai aktiviti sepanjang K.A.M.I menjalani Semester 2 2012


 ~ Program 1 Murid 1 Sukan~
10 Julai 2012




~Makan Malam di Seoul Garden ~
16 Julai 2012




~ Jamuan Hari Raya Peringkat IPG ~
3 September 2012



~ Amali Pendidikan Jasmani ~




~ Bina Insan Guru Fasa 2~
22 September 2012








~ Sukaneka Pra Sekolah~
1 Oktober 2012




~Makan Malam Perdana~
10 Oktober 2012




segala aktiviti yang K.A.M.I lalui bersama akan sentiasa menjadi memori & kenangan yang tidak akan K.A.M.I lupakan..
sekian ~

Friday, December 16, 2011

TAHNIAH


!!!!.....TAHNIAH.....!!!!

Tahniah diucapkan kepada ahli kumpulan PPISMP 3C ambilan Jun 2010 kerana masing-masing telah berjaya mendapat kelulusan dalam peperiksaan akhir semester tiga dan sekaligus melayakkan diri untuk memasuki Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) pada tahun hadapan iaitu tahun 2012...TAHNIAH...!!!!!

Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi cuti bakal tamat dan K.I.T.A akan bersua kembali dengan wajah yang berbeza, gaya yang baharu, dan mungkin personaliti yang berlainan.

TUNGGU DAN LIHAT



Saturday, December 3, 2011

Semuanya Baharu


.....Tahun 2012.....

BERMULANYA
tahun baharu
semester baharu
orang yang baharu
gaya terbaharu
jawatan kumpulan yang baharu

KHAS UNTUK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PISMP)

SEMESTER 1C

K.A.M.I
dengan satu hati
dengan sebulat suara
telahpun memilih ahli jawatan kumpulan yang baharu

BERIKUT
merupakan ahli-ahli tertinggi
yang bakal menerajui
kumpulan K.A.M.I




Ahli-ahli kumpulan yang lain akan turut membantu dan bekerjasama
dalam menerajui
DAN
melancarkan
perjalanan kumpulan PISMP 1C
pada awal tahun 2012

"Semoga K.I.T.A dapat berpimpin tangan dan berganding bahu pada tahun hadapan."

"Setiap yang akan berlaku, K.I.T.A akan harungi bersama...!!"

"Walaupun pelbagai cabaran dan rintangan yang sering K.I.T.A tempuhi sepanjang berada di PPISMP, setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya..."

Saturday, November 19, 2011

Selamat Kembali ke Kampung Halaman

SELAMAT BERCUTI KAWAN-KAWAN
terutamanya
..........warga..........
PPISMP 3C
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
.....tak kira.....
para pensyarah
para pekerja ipg
abg dan akak guard
pekerja Yana Yani & kantin atas
....hehehehe....

diharapkan agar kalian penuhkan cuti kalian dgn perkara yg berfaedah
penuhilah cuti anda di samping keluarga tercinta dgn baik
.....sebelum nie.....
ramai yg tulis kat FB
rindu keluarga
rindu akan kampung halaman

inilah masanya kita lepaskan rindu yg telah sekian lama dipendamkan
dan hanya diluahkan dalam FB
jangan sesekali sia-siakan cuti anda ini

.....di sini.....
K.A.M.I ingin memohon kemaafan kepada semua
atas kesilapan yg telah K.A.M.I lakukan
sepanjang berada di IPG KBM
mohon maaf
...terutamanya kepada...
para pensyarah
warga IPG KBM

.....di sini juga.....
!!!...buat PPISMP...!!!
Selamat Bercuti
Selamat Kembali Tahun Depan
dengan fesyen baharu
gaya baharu
diri yang baharu

DAN

Selamat Berada dalam PISMP Semester Satu
pada tahun hadapan

...ucapkan...
Selamat Tinggal PPISMP


Wednesday, November 2, 2011

Seloka PPISMP 3C

Assalamualaikum salam pembuka,
Kami ucapkan kepada semua,
Ini seloka kami yang kedua,
Kumpulan PPISMP 3C yang punya.


Sebelum seloka mula bercerita,
Kalau tersilap ampun dipinta,
Seloka ini bukan ‘tuk mengata,
Tapi untuk bergelak ketawa.

Setahun sudah kita di sini,
Di IPG Kampus Bahasa Melayu,
Gelak tawa dan menangis sering mengiringi,
Kelas meriah riuh selalu.

Kini kita jarang berapi,
Mungkin sudah saling memahami,
Bagai kakak, adik, dan abang sendiri,
Bersama sembilan putera sebelas puteri.

Encik Muzarpar abah kami,
Abah kami di IPG,
Baik orangnya penyayang sekali,
Susah dicari sukar difahami.

Dipanggil ‘Panjang’ sekarang mengakui,
Sebabnya tinggi berkaki-kaki,
Shahlan Abd Mutalib nama diberi,
Itulah ketua kelas kami dalam semester ini.

Ayu lembut Noor Ashikin namanya,
Pembantu Shahlan setia bersama,
Ada laptop adalah dia,
Paling update antara semua.

Minta duit setiap hari,
Bagai ‘along’ di kelas kami,
Jessica Michael bendahari semester ini,
Kuat bekerja kuat juga makannya, hihi.

Nurisina Felina dipanggil Mia,
Pabila mengalai lembut jarinya,
Pabila diam ada petanda,
Pabila bising dialah seorang daripadanya.

Dahulu pendiam sopan sahaja,
Haryanto Fridrict dipanggil ‘Cibulu’,
Kini nakal diam dah tiada,  
Tukang fotostat nota selalu.

Sekuntum bunga dua ekor kumbangnya,
Itulah Nancy bersama Rudi dan Charlie,
Mencari dewan dan LCD kerja mereka,
AJK Peralatan yang sangat dedikasi.

Nancy Sinuwag itulah nama,
 ‘Tembikai’, ‘Pisang’ nama dibina,
Pendiam ayu gamat pabila ketawa,
Menjadi pujaan ramai jejaka.

Diam pemalu itulah Rudi,
Manja sekali pabila bersua,
Lemah-lembut menuturkan kata-kata,
Pabila ditanya diam seketika.

Namanya Sofianah dipanggil 'Baby',
Tak pernah ‘sunburn’ di bawah mentari,
Putih melepak merah di pipi,
Sering sengau bersama rumate sejati.

‘Pindik-pindik tagap’ dialah orangnya,
‘Ok,baiklah..!!’ tiadalah sudah,
Charlie Ginsin nama tercipta,
Bersuara merdu bijak bermadah.

Bijak ‘menyaiko’ orang sekeliling,
Petah merapu tak henti-henti,
Itulah dia Asmad punya darling,
Nurul Shimaa Ibrahim pujaan di hati.

Bijak berbicara bersama fakta,
Nazmie Kendaran itulah nama,
Tutur katanya sukar dibaca,
Hanya dia mampu memahaminya.

Kecik-kecik pandai bergaya,
Berkanta sentuh comel sentiasa,
Stephanie Bita pelik orangnya,
Kuat makan budu, belacan juga.

Segak bergaya Yasser namanya,
Wangi semerbak mengalahkan wanita,
Bijak dalam menutur kata-kata,
Membuatkan orang lain terpegun mendengarnya.

 Sebutan ‘bau’ sengau sentiasa,
Tiada lagi pelat Kelantannya,
Itulah dia Nik Nur Farah Hana,
Semua info dia tahu segala.

 ‘Macam kuek..!!’ sudahlah hilang,
Pau Kacang pula datang menjelma,
Asyik merapu bersuara lantang,
Mohd Alif itulah namanya.

Siti Nabilah nama diberi,
Bersama jiran biliknya manja sekali,
Nampak diam tapi berisi,
Mudah menggelabah pada sesetengah situasi.

Budak nakal merapu jer kerja,
Tak henti-henti membuli orang,
Asmad Rahim pujaan ramai,
Tak kira perempuan lelaki pun ada.

Sungguh kemas menjadi pujaan,
Dahulunya pendiam bersuara lantang sekarang,
Nur Saiyidah itulah gadis idaman,
Kini berbahasa Sabah hingga balik Pahang.

Riduan Judin nama tercipta,
Sungguh sastera pabila berbicara,
Gaya rambutnya ala-ala korea,
Menjadi pujaan ramai gadis di luar sana.

Norfaezah Abdullah nama diberi,
Sudah cuti daripada makan choki-choki,
Pantang melihat wireless free,
Konfem online sehari-hari.

Itulah cerita tentang kami,
Buat tatapan penghibur diri,
Mohon maaf beribu kali,
Jika seloka ini mengguris hati.

Sebelum seloka mengundurkan diri,
Mohon ampun dipinta sekali lagi,
Janganlah ada yang terasa hati,
Kerana ini hanyalah hiburan semata-mata…hihi…



Dinner IPG KBM

....5 Oktober 2011....

selesai jer ujian amali PJ
.....majlis yang seterusnya.....
DINNER IPG KBM

semester inilah
merupakan semester yang paling sibuk
jika dibandingkan dengan semester satu & dua
.....dalam masa lebih sebulan.....
K.A.M.I begitu sibuk menjalankan dan menghadiri pelbagai aktiviti dan majlis






 inilah aktiviti yang K.A.M.I tak boleh pisahkan
.....aktiviti bergambar.....
hihihihihihi

:: lauk yang dijamu sebelum & selepas...hihihi ::

:: Inilah antara K.A.M.I yang bertuah dalam pertandingan cabutan bertuah ::



"Doakan K.I.T.A akan terus bersama berjuang di IPG KBM..!!"