Pages

K.A.M.I

My photo
Kami dari PISMP Kumpulan C Ambilan Januari 2012 di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Kursus BM/PJ/Persuratan & Kesenian Melayu. Kami seramai 20 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza agama, dan berlainan bahasa serta dari negeri yang berbeza. Namun, kami tetap SATU KELUARGA SATU MALAYSIA ..!!
Selamat Datang ke Blog K.A.M.I PISMP C Ambilan Januari 2012 di IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur

Thursday, December 27, 2012

Puisi: Guru Oh Guru

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Syukur alhamdulillah kita masih berpeluang melihat alam ciptaan Tuhan yang cukup indah ini. Pada hari yang mulia ini, marilah kita sama-sama menghayati dan menyelami puisi nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang iaitu puisi 'Guru Oh Guru'.



Guru Oh Guru...........
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.




Hayati dan selami maksud yang tersurat dan yang tersirat dalam kalungan sajak nan indah ini. Mudah-mudahan dengan ini kita akan menjadi seorang manusia yang tahu dalam menghargai budi dan jasa.


Wednesday, December 26, 2012

Program Lawatan ke Melaka


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari yang cukup indah ini, kami tidak ingin melepaskan peluang untuk mengemaskinikan blog ini. Hal ini demikian kerana, setelah sekian lama kami menyepikan diri dan hari ini kami ingin meluangkan sedikit waktu untuk para pembaca blog. 

Kali ini kami ingin menceritakan perjalanan kami semasa mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka iaitu negeri yang penuh dengan sejarahnya. Lawatan ini kami sertai dengan diiringi pensyarah bagi kursus Pengurusan Kokurikulum semasa di PISMP Semester Satu yang lepas. Kami mengambil masa sehari sahaja (29 April 2012) untuk mengikuti lawatan sambil belajar ke Melaka ini. Walaupun hanya mengambil masa sehari tetapi kami berasa amat bertuah kerana kami mampu meluangkan masa memperoleh ilmu pengetahuan tentang negeri Melaka yang penuh dengan sejarah itu. 

Antara tempat yang kami lawati ialah Kompleks Muzium Maritim, Kota A Famosa, Gereja St. Paul dan sekitar Melaka. Untuk lebih lanjut, tonton video di bawah iaitu hasil daripada AJK Multimedia kami  






Bingkisan Hati:
Ilmu itu pelita hidup. Tanpa ilmu, tidak berkembanglah kita seperti katak di bawah tempurung.

Mudah untuk mencari makna

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Petang yang redup ini, kami ingin berkongsi salah satu laman web yang amat berguna buat semua terutamanya para pelajar yang sibuk membuat kertas kerja atau kerja rumah yang diberikan. Ingin cepat untuk mendapatkan definisi bagi sesuatu perkataan? Mudah dan tangkas!

Sekarang, pelbagai inisiatif yang mudah yang boleh diperolehi dengan hanya berhadapan dengan komputer riba sahaja. Kita tidak perlu untuk membelek-belek kamus untuk mencari makna perkataan. Tetapi, hanya perlu menaip perkataan yang tidak diketahui maknanya di papan kekunci pada komputer riba sahaja.

Definisi yang tepat dan sememangnya dari Kamus Dewan yang pelbagai edisi. Kami juga tidak  melepaskan peluang untuk menggunakan Gerbang Maya Dewan Bahasa dan Pustaka ini semasa melaksanakan tugasan kami. Tidak percaya? Klik gambar di bawah ini untuk pergi ke laman web berkenaan.


Bingkisan Ilmu:
Mencari ilmu menjadi sukar jika tiada usaha. Usaha itu penting jika ingin berjaya. Laksana sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain!


Tuesday, December 25, 2012

Merintih saat yang kian berlalu


Assalamualaikum dan salam perpaduan buat semua pembaca...

Bagaimana cuti semester kalian? Terutamanya buat guru-guru pelatih IPG di seluruh Malaysia. Sekarang, hanya tinggal  seminggu sahaja lagi untuk guru-guru pelatih menghabiskan hari-hari terakhir di kampung halaman masing-masing. Jangan disalahertikan. Bukan menghabiskan hari-hari terakhir ini disamaertikan dengan meninggalkan dunia yang penuh pancaroba ini tapi menghabiskan musim cuti semester dan bakal bermulanya semester yang baharu dalam masa 7 hari sahaja lagi. Semoga kalian tidak mensia-siakan hari yang indah ini bersama ahli keluarga yang tercinta!

Di sini, saya ingin mengucapkan 'Selamat Kembali ke IPG dan Selamat Menghadapi Pembelajaran di Semester yang Baharu' buat semua guru pelatih yang bukan sahaja di IPG Kampus Bahasa Melayu malah khas buat semua guru pelatih di seluruh Malaysia.

Gapaikanlah impian untuk menjadi bakal pendidik yang berkredibiliti dan berkebolehan dalam mendidik anak-anak bangsa. Ingatlah doa kedua orang tua yang sentiasa ingin anak-anak mereka berjaya. Semoga di semester yang baharu ini bakal menampilkan diri dengan azam yang baharu. Usaha tangga kejayaan! Jangan sia-siakan peluang yang telah diberi yang sukar untuk orang lain perolehi.




Bingkisan hati:
Jangan laksana menggantang atap, mengukir langit. Lakukanlah sehabis baik di tahun baharu kelak!


Sunday, October 21, 2012

Anugerah Citra Keguruan

Jumaat (10 Oktober 2012)
telah berlangsungnya Majlis Anugerah Citra Keguruan
Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
bertempat di Dewan Tun Sri Lanang, IPG KBM

Majlis ini diadakan khas untuk memberi anugerah kepada pelajar-pelajar IPG KBM atas pencapaian dan sumbangan mereka dalam aktiviti institut.

2 orang pelajar dari PISMP 2C telah tersenarai antara penerima-penerima bagi anugerah tersebut.

Penerima Anugerah Pengarah 
(Akademik Terbaik)
Norfaezah binti Abdullah

Penerima Anugerah Wira
Haryanto Fridrict


Antara barisan penerima anugerah daripada pelajar Semester 2

TAHNIAH KEPADA SEMUA PENERIMA ANUGERAH!

Kepada rakan-rakan lain 
jangan berputus asa!
jadikan ia sebagai pendorong semangat kita untuk terus berusaha

kalau mereka boleh kenapa kita tidak?

memandangkan peperiksaan bakal menjelma tidak lama lagi
ayuh semua!!
kita tanamkan azam
kita tingkatkan usaha
sama-sama kita berjuang
bagi menempuh peperiksaan mendatang..

STRIVE FOR SUCCESS!

ALL THE BEST!

GOOD LUCK!

(^_____^)


Saturday, October 20, 2012

Peperiksaan Bakal Menjelma

Untuk kawan-kawan di PISMP 2C sekarang, tinggal seminggu sahaja lagi kita akan menduduki peperiksaan untuk semester kedua ini. Oleh itu,.....

"Selamat Maju Jaya!"

"Selamat Menduduki Peperiksaan!"

"All The Best!"

"Chaiyok Chaiyok!!!"

Akhir sekali saya nak ucapkan "Selamat Bertugas buat ketua dan penolong kelas yang baharu!!" Hihihi. Jangan stres sangat tau. Belajar untuk menghadapi cabaran. Okay?

Jalanilah kehidupan kalian dengan senyuman. Tak lama lagi kita akan bercuti semester.

"SELAMAT BERCUTI YA KAWAN-KAWAN!!!"

^___^

Khas buat sahabat handai PISMP 2C.

Tulus ikhlas daripada MisEyz BLurz.


Aktiviti Sepanjang Semester 2

Salam & hi (^_^)
Setelah sekian lama menyepi,
namun,
sepi bukan bererti hilang,
diam bukan bererti lupa,
tetapi masing-masing sibuk dengan urusan yang tak sudah
menyebabkan blog ini ditinggalkan berhabuk buat seketika
kini 
K.A.M.I kembali,
dengan post terbaru K.A.M.I
mengenai aktiviti sepanjang K.A.M.I menjalani Semester 2 2012


 ~ Program 1 Murid 1 Sukan~
10 Julai 2012




~Makan Malam di Seoul Garden ~
16 Julai 2012




~ Jamuan Hari Raya Peringkat IPG ~
3 September 2012



~ Amali Pendidikan Jasmani ~




~ Bina Insan Guru Fasa 2~
22 September 2012








~ Sukaneka Pra Sekolah~
1 Oktober 2012




~Makan Malam Perdana~
10 Oktober 2012




segala aktiviti yang K.A.M.I lalui bersama akan sentiasa menjadi memori & kenangan yang tidak akan K.A.M.I lupakan..
sekian ~