Pages

K.A.M.I

My photo
Kami dari PISMP Kumpulan C Ambilan Januari 2012 di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Kursus BM/PJ/Persuratan & Kesenian Melayu. Kami seramai 20 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza agama, dan berlainan bahasa serta dari negeri yang berbeza. Namun, kami tetap SATU KELUARGA SATU MALAYSIA ..!!
Selamat Datang ke Blog K.A.M.I PISMP C Ambilan Januari 2012 di IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur

Wednesday, March 2, 2011

K.I.T.A hanyalah insan biasa

....Dahulu....
sering sahaja menyendiri
DAN
sering bersama insan yang dikenali
...namun...
tiap detik 
tiap saat berlalu
K.I.T.A mula mendekati
mula menyusun kata-kata
menutur bicara
berjalan seiringan walau ke mana hendaknya

...pada saat itu...
bibit-bibit kenangan mula menghiasi laman K.I.T.A
...DAN...
mula menampakkan keceriaan di hati K.I.T.A

..........walaupun..........
GELAK TAWA
GURAU SENDA
kadang-kala
membingitkan suasana
meriuhkan sekitar
...namun...
keceriaan tetap tersemat di sini


...walaupun demikian...
entah mengapa
entah bagaimana
setelah sekian lama beriringan
kemarakkan api tiba-tiba membara
mula membakar jiwa
tanpa diduga tanpa diminta
sehinggakan
sukar tuk dipadamkan
....tatkala....
egois melanda diri

.....namun.....
titisan hujan yang mula membasahi bumi
bersama angin yang membelai alam ini
telah memadamkan api yang giat menyala
...walaupun...
cebisan-cebisan lama masih terselit di sana

..........walau bagaimanapun..........
dengan keikhlasan hati
ikatan ukhwah yang kukuh
K.I.T.A kembali bersatu
bersatu mendirikan ikatan baharu
lembaran baharu
...BERSAMA...
.....BERIRINGAN.....


S.A.H.A.B.A.T
K.I.T.A hanyalah insan biasa
tidak sesempurna malaikat
...sesungguhnya...
...K.I.T.A...
makhluk Tuhan yang tidak pernah lari dari kekhilafan dunia
.....namun.....
lemparkanlah sejauh mana egois dalam diri
yang kadang-kala mengkalutkan sanubari insani

S.A.H.A.B.A.T
...doakanlah...
K.I.T.A tetap bersama
K.I.T.A tetap bersatu
.....di dalam.....
SATU KELAS
bagaikan
SATU KELUARGA
yang tak pernah terasa asingnya

S.A.H.A.B.A.T
biar apapun yang diduga
biar apapun yang diterima
K.I.T.A hadapilah bersama
...di sini...
.....di IPG.....
......di kelas C......
.....kalianlah.....KAKAK..!!
.....kalianlah.....ABANG...!!!!
.....dan.....
ADIK-ADIK YANG TERSAYANG....!!!

..........ingatlah..........
andai apapun ujian yang melanda
usah gentar
usah resah dan gelisah
...kerana...
K.I.T.A tetap akan BERSAMA 
sehingga tertutupnya tirai kehidupan K.I.T.A





No comments: