:: 28 Jun 2010 ::
PPISMP 1C
saat K.I.T.A baharu bertemu
menyibukkan diri mendaftar di kelas 1C saat itu
orientasi yang menemukan K.I.T.A
...walaupun...
masih belum mengenali
antara satu sama yang lain
masing-masing dengan teman sendiri
tidak bertegur sapa
hanya senyuman yang terselit pada bibir
pabila bersua
setelah bersua pada hari pertama di kelas
baharulah masing-masing mengenali ahli kumpulan PPISMP 1C
pada ketika itu
biodata diri mula dihuraikan
gelak tawa sedikit memeriahkan suasana
pelat bahasa masing-masing yang masih lagi sukar dipisahkan
sehinggakan ada yang ternganga
tidak mengerti apa yang dikata
:: penghujung Semester 1 ::
K.I.T.A makin mengenali
mulakan tabiat baharu
...iaitu...
!!!...sesi fotografi...!!!
sesi inilah yang membuatkan K.I.T.A bagaikan bukan orang asing lagi
di kelas PPISMP 1C
"di saat menunggu pensyarah"
bermula pada saat inilah
K.I.T.A tidak berenggang seperti sebelumnya
tidak kira asalnya, bahasanya
semuanya K.I.T.A satukan
di satu kelas yang sama
PPISMP 1C
"keluar bersama-sama buat pertama kalinya"
...seterusnya...
aktiviti gimnasrada juga
merapatkan lagi diri K.I.T.A
.....walaupun.....
kadang-kalanya
guruh guntur melanda
...namun...
K.I.T.A tetap bersama
reda seketika
:: awal Tahun 2011 ::
PPISMP 2C
mula dengan aksi sendiri
menampakkan belang yang terlindung sebelum ini
...namun...
ia menggamatkan lagi suasana
.....dengan.....
gelak ketawa
usik-mengusik
antara K.I.T.A
yang kadang-kalanya berlaku bencana
...walau bagaimanapun...
hati yang satu
semangat yang jitu
dalam satu kelas yang berpadu
K.I.T.A masih boleh bersatu
mengukirkan semula senyuman yang hilang seketika
pelbagai aktiviti
yang K.I.T.A laksana sendiri
makin menggamitkan memori
yang takkan mampu
K.I.T.A lupai sampai tamat K.I.T.A di sini sekalipun
kalianlah sahabat
kalianlah teman
kalian jugalah adik, abang, dan kakak
walau K.I.T.A jauh berbeza
...tetapi kini...
K.I.T.A sudah mampu mendalami dialek masing-masing
tanpa ada yang ternganga
:: pertengahan Tahun 2011 ::
PPISMP 3C
masing-masing menginginkan azam baharu
...tetapi goyah...
kenakalan yang ingin dilupakan
masih sukar 'tuk dihapuskan
begitu...begitulah
sukar 'tuk K.I.T.A lupuskan
...hehehehe...
tanpa itu
sayulah kelas
tiadalah riuhnya
........
.....kini.....
28 Jun 2011
merupakan hari yang paling indah buat K.I.T.A semua
...kerana...
hari inilah hari pertama
K.I.T.A memasuki ke alam yang bukan lagi alam persekolahan
hari K.I.T.A mula berjumpa
......
K.I.T.A harapkan K.I.T.A tetap bagaikan satu keluarga
walau di mana pun kita akan berada
walau berakhirnya K.I.T.A di sini
selama 5 tahun setengah
!!!...SELAMAT GENX...!!!
"Setahun sudah K.I.T.A di sini...."